Wednesday, July 2, 2008

Tip Masak Nasi Grand Junction & Hidangan Khas

Semalam masak nasi dengan satu cawan dan dua cawan air dalam mangkuk Pyrex microwave amat sempurna. Beras wangi jasmine begitu harum dalam bilik. Dapat makan 2 kali malam tadi dan tengah hari.

Hari ini akau kurang kepada setengah cawan dan satu cawan air. beras agak tidak rata. Selepas 16 minit nasi agak keras dan mentah. Tambah air kira-kira setangah cawan lagi dan microwave selama 3 minit. Nasi agak berair pula. Panaskan dalam microwave 2 minit tambahan lagi. hasilnya nasi jadi elok.

Lauk petang ini agak istimewa. Aku campur tuna dalam tin dan udang dalam kotak yang dibeli dari Wal-mart petang tadi. Masukkan sedit cili rempahcili sedia dalam botol kecil dari Wal-mart. Kemudian masukkan sedikit sambal bilis dari Malysia serta sedikit air untuk kuah.

Hasilnya adalah makan malam yang agak menyelerakan seorang diri

Salam di Hari ketiga dari Grand Junction

No comments: