Sunday, October 26, 2008

Pada Sebuah Perasaan

Apakah perasaanku apabila Azwa selamat diijabkabulkan???

Satu persoalan yang melanda diriku. Rasa gembira? Ada. Rasa Sedih? Ada. Ya, ianya satu perasaan yang bercampur-campur.

Gembira kerana hari ini aku dapat me,lihat kegembiraan dan keceriaan Kak Yong (Azwa) melangkah setapak lagi dalam episod hidupnya dengan bergelar seorang isteri. Gembira kerana dapat melihat dia berpakaian pengantin dengan begitu cantik dan lawa melayari majlis pernikahannya.

Sedih. Sedih kerana zaman aku membelainya sebagai anak yang manja dan sebagai seorang anak yang istimewa telah berlalu. Sedih kerana pada hari ini aku baru tersedar dan tertanya-tanya adaklah aku telah melakukan yang terbaik untuk Kak Yong. Sedih kerana pada hari ini aku masih lagi belum baik berbahasa isyarat. Sedih kerana semasa dia membesar aku banyak berlagak kasar dengabnnya kerana mahukan dia menjadi seorang insan normal.

Masaakn dia begitu. Dia adalah seorang yang unik. Mungkin dalam kesibukan aku terlepas pandang bahawa dia begitu unik.

Apapun dia kini sudah bergelar seorang isteri. Itulah harapan dan impiannya yang selalu dia katakan padaku dalam bahasanya yang tersendiri.

Pada Azwa, abah ucapkan dan doakan kamu menjadi seorang isteri yang baik macam ibumu. Abah harap kamu sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi hidup ini. Ketahuilah dalam apa jua keadaan abah akan tetap kasih dan sayang padamu.

Semoga hidupmu aman bahagia, dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah selamanya.


Perasaan

Gulai Umbut Pisang

Gulai Umbut Pisang, kerabu pucuk selon dan mangga adalah antara hidangan istimewa semasa majlis sambutan pernikahan Azwa dan Zol diKg Pondok Hj Hussin, Guar Chempedak pada 26hb. Oktober 2008.

Kemudian ada pula bubur kacang istimewa yang dicampur dengan jagung yang amat sedap sekali.

Rumah Zol yang terletak ditepi bendang itu agak berangin. Kami bernasib baik kerana hari panas tanpa hujan. Sekalipun begitu kawasan tanah agak becak kerana hujan yang berlarutan beberapa hari lalu menyebabkan ada kawasan diYan yang banjir.

Chu Tijah kata makanannya amat "menyelerakan sekali".

Orang Kurang Upaya - Pertemuan Menarik

Salah satu perjumpaan yang menarik berlaku semasa majlis pernikahan Azwa pada 25hb Oktober 2008 diChangkat Jering.

Satu perkara yang menarik dalam perjumpaan majlis itu ialah begitu ramai sekali rakan-rakan Azwa yang OKU iaitu cacat pendengaran hadir meraikannya. Hampir 100 orang dari berbilang kaum yang cacat pendengaran datang untuk memeriahkan lagi majlis pernikahan Kak Yong dari KL dan Taping.

Itulah satu semangat kejituan setiakawan yang dapat aku saksikan dalam majlis yang penuh keceriaan dan menambat hati.

Majlis Pernikahan Azwa - Pertemuan Keluarga

Pertemuan keluarga menjadi sesuatu yang amat nostalgik pada majlis pernikahan Azwa pada 25hb. Oktober 2008 di Changkat Jering itu.

Keluarga dan sauada mara ayah aku "Tok Mat" yang ahdir begitu ramai sekali.

Kak Salmah dan anak cucu semuanya hadir dari Kedah. Zahari sekeluarga, Anita sekeluarga dan Ani & Shukor sekeluarga. Adik Kak Mah dari Taiping pun hadir sama.

Kak Aishah (bekas isteri Abang Mat Nayan) dan sekeluarga hadir. Hashim, Zah, Omar, Hasan dan keluarga hadir dari Ipoh, Bukit Beruntung dan KL.

Dari keluarga di Simpang Empat Seberang Perai: Yob (Ramli Kasa) dan Maizun, Milah & Yusof sekeluarga, Lin , Shimah dan semua anak beranak.

Dari Jalan Gula dan Alor Pongsu: Don (Rashid), Hjh Temin, Bakar. Semua jemputan dari keluarga ini dibuat oleh Md. Nor anak abang karim. Kira-kira 50 orang hadir dan begitu ramai yang aku tidak kenali.

Dari keluarga sebelah Syed di Kedah pula ialah: Bibi Zaharah dan Ami Salim & Kak Intan serta semua keluarga. Azian dan Tengku Mariam dari KL; . Asmah dan Nan, Jeffri & isteri, Shahab & Zu, Fairuz dan Amin, Sharipah dan suami serta anak dan cucu. Shahab pula kena jadi pengapit pengantin lelaku secara bidan terjun.

Majllis Pernikahan Azwa - Pertemuan Saudara & Rakan

Begitu banyak pertemuan yang berlaku semasa majlis pernikahan Azwa. Terlalu banyak untuk dirakamkan. Perjumpaan keluarga sebelah kami semua (aku dan Ani), jiran-jiran sekampung, kawan-kawan, dll.

Majlis sambutan pada 25hb. Oktober 2008 (Sabtu) diDewan Bunga Raya, Changkat Jering, Taiping.

Pada aku terlalu banyak yang nostalgia berlaku ddalam majlis pernikahan tersebut.

Disinilah agak ramai rakan-rakan yang bagaikan keluarga dari Ladang Thye Eng Bedong Kedah tempat aku lahir dilahirkan dan membesar. Mak Som dan anak-anak Kak Jan, Awang (Razak), Thobillah (Yah), Di , dan semua kelaurga hadir. Diantara mereka ada yang menetap diBujang, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Kg Selamat (Tasik Gelugor). Kak Nab datang dengan anak cucu dari Bukit Mertajam. Abang Md. Nor Othman datang dengan anak cucu dari FELDA Teloi Kanan, Kuala Ketil. Jamaludin Awang dan keluarga dari Nilai Negeri Sembilan. Jamaludin Chin (Din Tok Chin) dan isteri datang dri Thye Eng (tempat asal kami semua).

Dari tempat lama aku bekerja diladang Sungei Samak: Mohd Nor Shariff dan Nandagopalan hadir dari Teluk Intan.

Rakan-rakan lain dari Ladang Sepang semasa aku mula bekerja di Harrisons Crosfield ialah Che Aziz , Kak Hawa dan famili dari Negri Sembilan. Kapt (B) Sudirman dan Kak Jami serta Fairuz.
dari Taman Tun KL.

Rakan dari Shell yang hadir ialah Phajneek Singh dan famili dari Petaling Jaya.

Rakan-Rakan dari STAROBA yang ahdir ialah Mohd Nor Shariff dari teluk Intan, Shahrir Sharuddin bekas Jurutera MPT dari Taiping, "Robert" Ashaari dari Yan Kedah dan Suhaimi Badri dari Taiping.

Hujung Minggu Yang Sibuk - Majlis Pernikahan Azwa

Satu hujung minggu yang amat sibuk bagi kami sekeluarga. Majlis perkahwinan Azwa atau Kak Yong, puterin sulung kami diTaiping.

Bermula pada 24hb. Oktober Jumaat upacara akad nikah Kak Yong dan Zolkifli Zobiar jam 2.30 petang selepas solat Jumaat. Majlis dirumah keluarga Changkat Jering dihadiri oleh semua ahli keluarga. Mak, Chu Tan Sri Jins Shamsuddin & Chu Tijah serta saudara mara hadir.

Yang menarik sekali apabila Fitri (Pipi) kena jadi penterjemah bahasa isyarat secara bidan terjun untuk Naib kadi yang melakukan acara tersebut. Dia nampak begitu profesional sekali walaupuntak sempat pakai baju Melayu.