Sunday, October 26, 2008

Pada Sebuah Perasaan

Apakah perasaanku apabila Azwa selamat diijabkabulkan???

Satu persoalan yang melanda diriku. Rasa gembira? Ada. Rasa Sedih? Ada. Ya, ianya satu perasaan yang bercampur-campur.

Gembira kerana hari ini aku dapat me,lihat kegembiraan dan keceriaan Kak Yong (Azwa) melangkah setapak lagi dalam episod hidupnya dengan bergelar seorang isteri. Gembira kerana dapat melihat dia berpakaian pengantin dengan begitu cantik dan lawa melayari majlis pernikahannya.

Sedih. Sedih kerana zaman aku membelainya sebagai anak yang manja dan sebagai seorang anak yang istimewa telah berlalu. Sedih kerana pada hari ini aku baru tersedar dan tertanya-tanya adaklah aku telah melakukan yang terbaik untuk Kak Yong. Sedih kerana pada hari ini aku masih lagi belum baik berbahasa isyarat. Sedih kerana semasa dia membesar aku banyak berlagak kasar dengabnnya kerana mahukan dia menjadi seorang insan normal.

Masaakn dia begitu. Dia adalah seorang yang unik. Mungkin dalam kesibukan aku terlepas pandang bahawa dia begitu unik.

Apapun dia kini sudah bergelar seorang isteri. Itulah harapan dan impiannya yang selalu dia katakan padaku dalam bahasanya yang tersendiri.

Pada Azwa, abah ucapkan dan doakan kamu menjadi seorang isteri yang baik macam ibumu. Abah harap kamu sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi hidup ini. Ketahuilah dalam apa jua keadaan abah akan tetap kasih dan sayang padamu.

Semoga hidupmu aman bahagia, dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah selamanya.


Perasaan

No comments: