Hari ini adalah hari kelima aku berada diLondon.
Seminar NLP telah berakhir semalam. Jadi hari ini aku mengambil kesempatan untuk berjalan sekitar London.
Cuaca hari ini kurang baik. Hujan sepanjang hari. Tambah menyejukkan. Pagi aku naik keretapi bawah tanah yang lebih dikenali dengan "tube" dari Russel Square.
Aku bertanya pada kaunter bantuan tiket apakah cara yanbg paling murah ubntuk bergerak dengan "tube". Dia syorkan ambil tiket sehari untuk Central London. Bayar BP5.30.
Dari Russel Square aku ke Holborn. Tukar "tube" ke Central Line untuk ke Marble Arch. Hujan semakin kuat bila tiba diMarble Arch. Kasut dimasuki air.
Aku masuk ke pusat beli belah Mark & Spencer.
Dari situ kembali kestesen Marble Arch. Naik "tub" le Queensway untuk ke Malaysia Hall dari Queensborouh Terrace. Dalam hujan aku sampai ke Malaysia Hall.
Makan tengahhari yang agak selesa. Terasa Puas. Jumpa beberapa orang muda yang baru tiba untuk melawat London. Bertemu dengan pengusaha kantin Malaysia Hall. Dia berasal dari Sungai Petani di Taman Berlian dekat dengan IKM dan Taman Peruda.
Lepas makan balik ke tempat penginapan diRoyal National Hotel. Hujan masih mencurah. Kasut basah kuyup dimasuki air. rehat.
Petang Jam 2.30 keluar semula. Masih hujan. Aku naik "tube" menggunakan tiket 'all day" pagi tadin untuk keHyde Park. Dari stesen itu aku berjalan ke Hard Rock Cafe London. Macam dalam lawatan lain beli T-Shirt HRC untuk Faizal dan Fitri dan diri sendiri. Banyak koleksi baju T HRC yang aku dah buat - Los ANgeles, Las Vegas, Indianapolis, Niagara Falls, Manila, Gold Coast, HongKong, dll. Yang tak beli ialah baju HRC KL.
Dari Hyde park naik "tube" ke Green Park untuk ke Kedai Buku Waterstone's di Picaddily Streeet. Aku tersilap dan kena berjalan jauh. Kedai buku ini lebih dekat dengan Picaddily Square. Meredah hujan selanjang Picaddily Street. Akhirnya sampai.
Mencari buku sambil relaks. Beli dua buku iaitu "Maverick" oleh Rocardo Semler dan "Thinking Creatively: oleh Nick Souter. dari situ lintas jalan untuk ke Nero Cafe berhampiran Le Meridien Hotel. Pekena secawan Mocha Latte dan muffin. Naik tube balik ke Russel Square.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment