Beberapa hari ini aku berseronok dengan kes nasi lemak yang cuba dibuang oleh Menteri Kesihatan berbangsa Cina dari menu sekolah-sekolah. Menteri ini memberi alasan untuk membuang atau mengurangkan nasi lemak atas alasan kegemukan obesiti.
Aku kurang faham apa motif Menteri Kesihatan ini. Nasi Lemak itu makanan Melayu. Budaya Melayu. Bisnes kecil-kecilan pengusaha kantin dan peniaga tepi jalanan.
Nasi lemak juga makanan kegemaran umum. Makanan utama Malaysia. Nasi lemak dipromosikan kepada pelancongan sebagai salah satu tarikan.
Tidakkah Menteri Kesihatan itu terfikir apa akibatnya bila dia umumkan nasi lemak di'buang' dari menu. Apa kata pelancong bila terbaca pengumuman Menteri kesihatan. Mahukah pelancong mencuba nasi lemak selepas ini?
Apa motif sebenarnya Menteri Kesihatan berbangsa Cina ini?
Wednesday, April 27, 2011
Sunday, February 20, 2011
Dihujung Tanduk Kerbau
Teringat cerita zaman kanak-kanak yang mengujakan.
Bila terlihat seekor kerbau dimana-mana tempat ingatanku pasti melayang pada zaman kanak-kanak ketika berumur 5-6 tahun sebelum bersekolah.
Pada waktu aku kecil ayahku membela beberapa ekor kerbau. Salah seekor kerbau betina dipawah oleh ayahku dari seorang kawannya. Kerbau ini agak jinak dan tidak garang. Aku selalu bermain dengannya. Kadangkala akun panjat dan diduk dibelakangnya. Wah, jadi macam koboi pula lagaknya bila berada diatas belakang kerbau ni.
satu pagi aku ikut ayahkua pergi memerah susu dari seekor kerbau kami yang baru melahirkan anak. Sambil menunggu ayah memerah susu dari kerbau itu, aku cuba memanjat kerbau jinak pawahan ayah yang ditambat dekat situ.
Dalam aku berusaha memanjat dan separuh jalan diatas badan kerbau aku terjatuh kehadapan keatas kepala lalu seluarku tersangkut diatas tanduknya.
Menjerit-jerit aku minta tolong tetapi ayah buat dak saja. Dia teruskan dengan kerja memerah susu dari kerbaunya.
lama juga aku tersangkut dengans eluar pendek ditanduk kerbau. Kerbau jinak yang tadi berdiri terbengkung sekarang mulai menghempis-hempis nafasnya. Dia mula dah hilang sabar.
Melihat kerbau yang sudah mula menghempes dan bergerak-gerak barulah ayahku bangun dari memerah susu dan menuju ketempatkan.
Dalam ketawanya yang menampakka gusinya tanpa gigi aku diangkatnya perlahan. Dia tidak marah. Mungkin itu sesuatu yang lucu baginya.
Dan aku .... bila ada peluang aku tetap memanjat dan menunggang kerbau. Cuma lepas hal itu aku lebih berhati-hati.

Cinque Terre
Cinque Terre adalah sebuah taman negara Italy yang terletak diutara La Spiaza.
Ianya mengandungi lima kampung diatas tebing bukit bukau yang menghadapt ke laut. Rumah-rumah lama yang beratus tahun masih kukuh dengan lorong-lorong kecil.
Berjalan dari kampung kekampung dilereng bukit dengan lautan membiru dibawa sana adalah satu pengalaman yang sukar untuk diceritakan.
Bersama dengan rakan-rakan lain Wim, Andreas dan Familinya (Najwa dan Julius) kami terperangkap dalam hujan dari Riomagerio menuju kekampung yang seterusnya. Jelask kelihatan ombak yang memukul tebing bukit dan gua dibawah sana. Amat mengasyikkan.

Thursday, February 17, 2011
Buku 'Negeri 5 Menara'
Sebuah buku yang wajib dibaca oleh setiap orang yang menggelarkan dirinya guru ata pendidik.
Sebuah buku yang penuh dengan kata-kata hikmah dan metafora serta kaedah-kaedah mantap yang dapat digunakan oleh setiap orang pendidik dalam metod pembelajarannya.

Tuesday, September 22, 2009
Azmi Abidin In Memeory
Today is the 4th of Syawal. My memory suddenly turned to Azmi Abidin. I have written about Azmi (and Nawi Omar) in this blog on 17August 2007 when he underwent the cancer surgery.
Azmi passed away on 1st September 2009, the 3th day of Ramadhan. I was planning to visit him on my return from Berlin Germany. I can still remember vividly when he phoned me just before I left to Berlin on 1st August to attend a training. He aplogised to me for not informing me about his mother's passing a few weeks before that. I told him it's OK and for him to take care of himself.
Aishah (his wife) told me that she wanted Azmi to tell me that he was not eating well but Azmi did not tell me during the conversation.
It was when I saw Dato Rosli's email that prompted me to vist me. I was supposed to drive up with Faizal on Sunday but felt tired and intended to fly on Wednesday with Fathil Shariff on Wednesday.
It was while searching for airticket on Tuesday evening that I received news about his passing. I flew with Anoiair Jalil and Fathil the next morning and travelled with Salleh Yusuf from Alor Star airport. Many STAROBS from the north came to pay their last respects.
Azmi has been my great friend since schooldays. In addition I spent a number of my school holidays at his home. I know his familiy well. His father is a very nice and humble man. His mother was lovely lady and a great cook. Meals at Azmi's house is something that I really looked forward when I stayed there those days.
My friendship with Azmi lasted untuil his passing away. We were great friends in school and were housemates (Blue house). He was a great volleyball player. Even though he was a big sized guy he was a very humble and kind at heart.
To Allayarham Azmi, may Allah bless you my friend. Thank you for being part of my life as a great friend. May Allah grant you the forgiveness.
Al-Fatihah.

Aidilfitri 2009
Hari ini hari raya ke empat Aidilfitri 2009.
Aku telah kembali ke Shah Alam dari Changkat Jering. Semua anak-anak kembali kesini kecuali Azwa dan suami yang singgah beraya diChangkat Jering dari Kedah.
Hari raya seperti biasa. Malam raya pulang tidur diapartment di Bukit Merah laketown dengan Ani. Pagi-pagi bertolak keChangket Jering. Sembahyang raya diSurau Bt 7 seperti biasa. Jemaah seperti biasa. Beberapa orang tuas seperti Pak Rashid ketua kampong jalan bertongkat akibat diserang strok. Chu (Tan Sri Jins Shamsuddin) sembahyang raya diMesjid Changkat Jering tahun ini. Beralih angin. Dia ingin mengelak dari ziarah rumah-kerumah hampir 40 buah semuanya seperti kelaziman.
Bila semua sudah pulang kami beraya anak-beranak dengan mak dan Chu menjadi ketuanya. Kemudian bergambar. Didinding masih tertera sebuah gambar yang diambil lebih kurang 15 tahun lalu sewaktu Aidilfitri juga.

Thursday, September 10, 2009
Sungai Griebnitzsee

Satu kenangan yang sentiasa segar dingatanku semasa berada diPostdam Germany ialah Sungai Griebnitzsee. Sungai yang agak lebar dengan pemandangan sekitar yang amat menarik.
Duduk di Hotel Avendi ditebing sungai sewaktu berkursus LAB Profile pada awal bulan Ogos dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa dengan cuaca dingin musim luruh begitu menguja sekali. Sukar untuk menduga bahawa tidak sampai dua dekad lalu tempat dimana aku berada adalah kawasan German Timur dan diseberang sana adalah Berlin Barat yang terkepung dengan tembok Berlin.
Sukar untuk kita menduga bahawa disungai ini banyak nyawa yang melayang sewaktu cuba menyeberanginya untuk keBerlin Barat bagi melarikan diri dari kongkongan pemerintahan komunis selepas perang Dunia Kedua.

Selama 15 hari (1hb -15 Ogos 2009) berada ditepian sungai ini begitu banyak rakaman memori yang menarik dipersisiran sungai. Dari kapal atau barge panjang yang sarat membawa muatan, bot-bot pelancong yang penuh dengan manusia melayari sungai, bot-bot mewah dan kecil, perahu-perahu kayuh panjang serta kayak mundar mundir sepanjang hari siang yang panjang diakhir musim panas.
Tempat itu begini unik, seunik kursus LAB Profile yang aku sertai. Dapat aku rasakan bahawa pengalaman berada disini, ditengah-tengah kota perfileman Postdam yang terkenal digerman satu masa dahulu, adalah terlalu unik dan mungkin tidak berulang lagi dalam kehidupanku.
Apapun apabila aku mengimbas gambar ditepi sungai Griebnitzsee pastinya aku akan teringat kepada keunikan tempatnya disebuah kota yang mempunyai begitu banyak sejarah berkurun-kurun lamanya diEropah iaitu Kota Postdam.
Subscribe to:
Comments (Atom)