Satu kenangan yang sentiasa segar dingatanku semasa berada diPostdam Germany ialah Sungai Griebnitzsee. Sungai yang agak lebar dengan pemandangan sekitar yang amat menarik.
Duduk di Hotel Avendi ditebing sungai sewaktu berkursus LAB Profile pada awal bulan Ogos dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa dengan cuaca dingin musim luruh begitu menguja sekali. Sukar untuk menduga bahawa tidak sampai dua dekad lalu tempat dimana aku berada adalah kawasan German Timur dan diseberang sana adalah Berlin Barat yang terkepung dengan tembok Berlin.
Sukar untuk kita menduga bahawa disungai ini banyak nyawa yang melayang sewaktu cuba menyeberanginya untuk keBerlin Barat bagi melarikan diri dari kongkongan pemerintahan komunis selepas perang Dunia Kedua.

Selama 15 hari (1hb -15 Ogos 2009) berada ditepian sungai ini begitu banyak rakaman memori yang menarik dipersisiran sungai. Dari kapal atau barge panjang yang sarat membawa muatan, bot-bot pelancong yang penuh dengan manusia melayari sungai, bot-bot mewah dan kecil, perahu-perahu kayuh panjang serta kayak mundar mundir sepanjang hari siang yang panjang diakhir musim panas.
Tempat itu begini unik, seunik kursus LAB Profile yang aku sertai. Dapat aku rasakan bahawa pengalaman berada disini, ditengah-tengah kota perfileman Postdam yang terkenal digerman satu masa dahulu, adalah terlalu unik dan mungkin tidak berulang lagi dalam kehidupanku.
Apapun apabila aku mengimbas gambar ditepi sungai Griebnitzsee pastinya aku akan teringat kepada keunikan tempatnya disebuah kota yang mempunyai begitu banyak sejarah berkurun-kurun lamanya diEropah iaitu Kota Postdam.
No comments:
Post a Comment