Wednesday, April 27, 2011

Nasi Lemak Oh Nasi Lemak

Beberapa hari ini aku berseronok dengan kes nasi lemak yang cuba dibuang oleh Menteri Kesihatan berbangsa Cina dari menu sekolah-sekolah. Menteri ini memberi alasan untuk membuang atau mengurangkan nasi lemak atas alasan kegemukan obesiti.

Aku kurang faham apa motif Menteri Kesihatan ini. Nasi Lemak itu makanan Melayu. Budaya Melayu. Bisnes kecil-kecilan pengusaha kantin dan peniaga tepi jalanan.

Nasi lemak juga makanan kegemaran umum. Makanan utama Malaysia. Nasi lemak dipromosikan kepada pelancongan sebagai salah satu tarikan.

Tidakkah Menteri Kesihatan itu terfikir apa akibatnya bila dia umumkan nasi lemak di'buang' dari menu. Apa kata pelancong bila terbaca pengumuman Menteri kesihatan. Mahukah pelancong mencuba nasi lemak selepas ini?

Apa motif sebenarnya Menteri Kesihatan berbangsa Cina ini?

Sunday, February 20, 2011

Dihujung Tanduk Kerbau

Teringat cerita zaman kanak-kanak yang mengujakan.

Bila terlihat seekor kerbau dimana-mana tempat ingatanku pasti melayang pada zaman kanak-kanak ketika berumur 5-6 tahun sebelum bersekolah.

Pada waktu aku kecil ayahku membela beberapa ekor kerbau. Salah seekor kerbau betina dipawah oleh ayahku dari seorang kawannya. Kerbau ini agak jinak dan tidak garang. Aku selalu bermain dengannya. Kadangkala akun panjat dan diduk dibelakangnya. Wah, jadi macam koboi pula lagaknya bila berada diatas belakang kerbau ni.

satu pagi aku ikut ayahkua pergi memerah susu dari seekor kerbau kami yang baru melahirkan anak. Sambil menunggu ayah memerah susu dari kerbau itu, aku cuba memanjat kerbau jinak pawahan ayah yang ditambat dekat situ.

Dalam aku berusaha memanjat dan separuh jalan diatas badan kerbau aku terjatuh kehadapan keatas kepala lalu seluarku tersangkut diatas tanduknya.

Menjerit-jerit aku minta tolong tetapi ayah buat dak saja. Dia teruskan dengan kerja memerah susu dari kerbaunya.

lama juga aku tersangkut dengans eluar pendek ditanduk kerbau. Kerbau jinak yang tadi berdiri terbengkung sekarang mulai menghempis-hempis nafasnya. Dia mula dah hilang sabar.

Melihat kerbau yang sudah mula menghempes dan bergerak-gerak barulah ayahku bangun dari memerah susu dan menuju ketempatkan.

Dalam ketawanya yang menampakka gusinya tanpa gigi aku diangkatnya perlahan. Dia tidak marah. Mungkin itu sesuatu yang lucu baginya.

Dan aku .... bila ada peluang aku tetap memanjat dan menunggang kerbau. Cuma lepas hal itu aku lebih berhati-hati.

Cinque Terre


Cinque Terre adalah sebuah taman negara Italy yang terletak diutara La Spiaza.

Ianya mengandungi lima kampung diatas tebing bukit bukau yang menghadapt ke laut. Rumah-rumah lama yang beratus tahun masih kukuh dengan lorong-lorong kecil.

Berjalan dari kampung kekampung dilereng bukit dengan lautan membiru dibawa sana adalah satu pengalaman yang sukar untuk diceritakan.

Bersama dengan rakan-rakan lain Wim, Andreas dan Familinya (Najwa dan Julius) kami terperangkap dalam hujan dari Riomagerio menuju kekampung yang seterusnya. Jelask kelihatan ombak yang memukul tebing bukit dan gua dibawah sana. Amat mengasyikkan.

Thursday, February 17, 2011

Buku 'Negeri 5 Menara'

Sebuah buku yang wajib dibaca oleh setiap orang yang menggelarkan dirinya guru ata pendidik.

Sebuah buku yang penuh dengan kata-kata hikmah dan metafora serta kaedah-kaedah mantap yang dapat digunakan oleh setiap orang pendidik dalam metod pembelajarannya.