Wednesday, July 2, 2008

Masakan Taib Grand Junction


Sudah lama aku tidak memasak. Sudah lebih dari 20 tahun selepas meningggalkan USC pada tahun 1986. Semasa travel ke Hingkong dan Shanghai Ani yang masak.

Jadi bila berada selama 13 hari di Grand Junction mengikuti program Dr. Michael Hall, semalam aku ke Wal Mart kerana beli beras, telur dan butter untuk masak. Aku beli dua pinggan mangkuk serta satu bowl Pyrex untuk microwave oven.

Semalam aku cuba masak nasi dengan microwave. Jadi pula tu. Dapatlah aku makan nasi sesudah hampir 3 hari tidak jumpa nasi. Lauknya pula sambal ikan bilis, kurma daging Brahim dan serunding daging. Banyak pula makan. Mungkin kerana kempunan dan lapar pula.

Tengahhari hari ini akau goreng telur dalam microwave untuk lunch dan dengan sambal ikan bilis dari Malaysia.

Minum pula dengan kopi 3 dalam 1 Oldtown White Coffee.

Salam dari Grand Junction.

No comments: