Thursday, July 3, 2008

Dr. Paulo - Pesara Dari Brazil

Paulo berasal dari Brazil. Dia menetap di Rio De Janiro, salah sebuah bandaraya Brzail yang terkenal didunia. Umurnya 67 tahun. Dia seorang pesara doktor perubatan. Kepakarannya adalah dalam bidang penyakit berjangkit. Dia seorang "epidiomologist".

Dia seorang peserta kursus bersama aku dalam program "Accessing Personal Genius" dan "Meta Coaching" di Grand Junction, Colorado ini.

Mungkin dialah peserta yang aku ketahui paling tua setakat ini. Mulanya aku ingatkan aku yang paling tua pada umur 54 tahun. Ada rakan dan kenalan diMalaysia yang hairan dan berasa pelik bila aku beritahu aku akan keUS untuk belajar dengan Dr. Michael Hall.

"Apa lagi yang nak dibelajar tu" kata mereka.

Nabi ada mengatakan, "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat" dan "tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Itu aadalah pedoman yang aku pegang dan aku buat sekarang ini.

Sewaktu bersarapan pagi semalam aku bertanya Paulo apa yang hendak dibuatnya selepas ini. Jawapannya menakjubkan.

"Saya tidak boleh duduk diam. Mulanya itulah yang saya mahu bila bersara pada umur 65 tahun iaitu 3 tahun lalu. Tetapi saya menjadi resah dan tidak senang. jadi saya mula mengikuti program NLP dan yang sebegini. Sekarang saya sedang memikirkan untuk menjadi seorang "coach", dapat memberi tunjuk ajar dan mengembangkan orang lain".

Pada umur 67 tahun dia baru hendak memulakan kerjayanya yang kedua.

Kata-katanya membuatkan aku terpaku. Mungkin aku tidak perlu memikirkan bila untuk bersara sebenarnya.

"Kamu tentunya beruntung kerana telah memulakan apa yang saya ingin buat selepas ini".

Beruntung? Dia menyebabkan "meta-state" aku berpusing naik spiralnya.

Grand Junction
3 Julai 08 (5.57 pagi)
Hari ketiga akhir program "Accessing Personal Genius"

No comments: