Thursday, August 23, 2007

Padah Sebiji Belon

Ianya berlaku pada penghujung tahun 1986. Malam sebelumnya aku menghadiri Majlis Malam Tahunan tempat kerja, Tiram Kimia (Shell Chemicals). Itulah kali pertama aku menghadiri majlis sebegitu yang diadakan disebuah kelab ekslusif di Plaza Atrium belakang Hotel Shangri-La Kuala lumpur.

Malam itu tentunya merupakan satu malam yang bertuah bagiku. Baru sahaja beberapa bulan mula bertugas diTiram Kimia aku memenangi hadiah kedua cabutan bertuah, sebuah mini kombo. Wow!

Aku adan hani pulang dengan mini kombo dan beberapa buah belon. Kami berikan belon itu pada anak-anak yang masih kecil.

Sebuah dari belon yang dimain oleh Azwa jatuh ke anak tangga hinggga kebawah. Azwa pula mengejarnya berlari diatas anak tangga. Dia tergelincir diatas belon dan jatuh dengan punggung terhempap.

Aku yang berada diatas mendengar jeritan Ani dibawah. Bergegas aku turun. Azwa sudah terlentang. Tiada bernafas dan mukanya aku lihat semakin biru. Tergamam aku dibuatnya. Menggelabah juga.

Ketika itulah aku "recollect" pengalam semasa menjadi ahli Palang Merah disekolah. Aku tekan dadanya perlahan-lahan. Aku buka mulutnya dan mengepam udara melalui mulutnya. Aku lakukan CPR walaupun ingat-ingat lupa. Dua tiga kali aku lakukan.

Perlahan-lahan aku tengok dia mula bernafas. Mukanya yang biru bertukar menjadi pucat. Dia mula sedar kembali.

Aku dan Hani cepat-cepat membawa Azwa keKlinik Anis diSeksyen 2. Kami ceritakan pada doktor apa yang berlaku. Dengan cepat doktor bertugas menolak kami, menyuruh kami segera kehospital tanpa memeriksa Azwa. Apa punya jenis doktor GP macam ini, aku berbisik. Mereka hanya mahu buat duit dengan kes yang senang sahaja.

Kami membawa Azwa ke SJMC (Subang Jaya Medical Centre) unit kecemasan. Doktor yang menerimanya memeriksanya dan meletakkanya dalam perhatian. Sebelah petang dia dibenarkan pulang setelah dipastikan semuanya OK.

Hingga kini aku dapat bayangkan kes itu dimana aku hampir-hampir kehilangan seorang anak istimewa yang aku sayangi kerana sebuah belon majlis makan malam.

No comments: