Besok rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50. Sambutan perayaan secara besar-besaran dibuat untuk sambutan kali ini. Keceriaan sambutan begitu terasa sekali; macam sambutan hari-hari raya.
Namun apakah erti kemerdekaan sebenarnya? Apakah kerana kita sudah bebas dari penjajahan British, Belanda atau Portugis maka kita sudah merdeka sebenar-benarnya. Apakah kita sudah bebas dalam ertikata yang sebenarnya.
Berapa ramaikah orang Melayu yang bebas sebenarnya? Bebas dari penjajahan minda. Kebebasan minda, perasaan dan pergantungan dalam erti kata kita dapat berdikari sebenarnya. Berapa ramaikah orang Melayu yang terlepas dari belenggu ini sebenarnya?
Jika diteliti secara mendalam ternyata orang Melayu bebas atau “free” dalam ertikata yang sebenarnya. Terlalu ramai dari kita yang mengharapkan dan bergantung kepada pertolongan. Mental “subsidi” masih lagi tebal dalam pemikiran kita. Kita masih tidak mampu untuk bersaing. Masih dibayangi oleh rasa “inferiority complex atau rasa kalah.
Pergantungan pada “subsidi” dapat dilihat dengan jelas. Biasiswa untuk perlajaran, subsidi pertanian untuk baja dan harga hasil pertanian, diesel untuk tangkapan ikan, pinjaman dari pelbagai agensi yang tidak dibayar, rumah kos rendah, rasuah pemimpinan dan pegawai kerajaan (majoriti melibatkan orang Melayu), dll. Bahkan untuk pergi haji pun dikatakan subsidi kepada Tabung Haji (jika betul??).
Jadi dalam konteks ini apakah kita bebas (free) dan merdeka sebenarnya. Ataupun kita hanya tahu bermain retorik dengan laungan “MERDEKA” sama seperti kebanyakan pemimpin.
Lihatlah diri, refleksikan diri dan tanyalah, “Adakah saya merdeka sebenarnya?”.
Jika tidak inilah masa untuk kita menrevolusikan diri supaya kita benar-benar Merdeka!
Bangsar Shopping Complex
3.05 p.m. 30 Ogos 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment